PEARL BEAUTY

Ketidakseimbangan Hormon

 

Simptom ketidakseimbangan hormon

Simptom ketidakseimbangan hormon boleh muncul walaupun pada usia muda seawal 20an. Namum begitu, simptomnya berbeza bagi setiap individu dan boleh bertambah serius dengan peningkatan umur jika diabaikan pada peringkat awal.
  • Panas badan
  • Murung dan letih
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Kekeringan faraj
  • Rambut gugur dan pertumbuhan rambut di muka
  • Sakit kepala dan pening
  • Kurang keinginan seks
  • Endometriosis
  • Osteoporosis
  • Masalah haid
  • Jangkitan saluran kencing dan kencing tidak terkawal
  • Tumor payudara
  • Berat badan bertambah, edema dan kembung perut
Bagaimanakah ketidakseimbangan hormon terjadi?
Badan wanita mengalami kitaran haid secara puratanya sebulan sekali. Estrogen hanya dirembeskan dalam hari ke10-12 kitaran haid. Jika pengovulan berlaku, maka progesteron akan dirembeskan oleh ovari. Pada hari ke-28, aras kedua-kedua hormon tersebut akan menurun dan mengakibatkan pendarahan. Akan tetapi, jika pengovulan tidak terjadi, pendarahan masih akan berlaku tetapi aras estrogen tidak akan diimbangi oleh progesteron. Ini menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan hormon, yakni tubuh badan mempunyai aras estrogen yang mencukupi tetapi kekurangan progesteron.

Kebanyakan masalah kesihatan berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon adalah disebabkan ketidakseimbangan estrogen dan progesterone dalam badan. Sebarang perbezaan ketara di antara dua hormon ini akan mengakibatkan kesan dramatik pada kesihatan. Bagaimanapun, jumlah hormon yang dihasilkan berbeza setiap bulan bergantung kepada nutrisi, pencemaran, tekanan dan ovulasi yang kurang.

Justeru, pemakanan dan pencemaran adalah dua penyumbang utama, yang bertindak seperti bahan kimia tiruan / menyamar sebagai estrogen. Bahan ini mempengaruhi tahap keseimbangan hormon semulajadi badan. Unsur-unsur seperti bahan kimia industri dalam makanan, udara, air, logam-logam berat, pengambilan pil pencegah kehamilan, penggunaan estrogen sintetik HRT (Hormone Replacement Therapy), racun tumbuh-tumbuhan, racun serangga perosak, plastik, dan pelbagai jenis racun lain, estrogen tiruan yang masuk ke dalam sistem badan. Kesemua faktor ini menyumbang kepada bertambahnya tahap estrogen, hingga berlebihan dan wujudnya tanda-tanda ketidakseimbangan hormon.

Fakta Berkenaan Estrogen:

  • Merupakan hormon kewanitaan yang dirembes oleh ovari. Akan tetapi, sebahagian kecilnya juga disimpan dalam sel lemak.
  • Merupakan hormon yang mengawal kitaran haid.
  • Memainkan peranan penting dalam perkembangan seks.
  • Membantu menyediakan rahim untuk kehamilan.
  • Mempengaruhi sel tubuh.
  • Arasnya menurun dengan peningkatan umur.
  • Membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan serangan sakit jantung.
  • Memperbaiki kulit, mengurangkan kekeringan faraj dan awet muda.